Saturday, November 23, 2013



Drama Kasih Tercipta gabung  bintang popular tanah air

BAGI meneruskan kesinambungan tayangan drama bersiri popular disaluran mereka seperti Mertua Vs Menantu dan Awan Dania, Astro Prima membawakan pula kepada penonton siri arahan Rashid Sibir, KasihTercipta. 
Drama berkenaan diharap stesen penyiar terbabit dapat mengumpul sejumlah penonton yang besar, sehingga sejuta orang, berdasarkan beberapa kekuatan yang ada.
        
Drama yang mula disiarkan pada 1 September di Astro Prima itu bukan saja menampilkan kisah cinta yang disulam dengan elemen komedi, malah siri terbitan Opera Klasik itu mengetengahkan bintang popular seperti Erra Fazira, Nasha Aziz dan Aaron Aziz sebagai tunjang cerita.

Turut membintangi drama romantik 26 episod ini ialah Fouziah Gous, Syed Ali, Aleeza Kassim, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aida Rahim,Dee dan Norlia Ghani.

Antara lain siri terbabit mengisahkan seorang wanita keras kepala tetapi berhati mulia, Tona (Nasha), yang ingin menjadi jurugambar terbaik dan meletakkan karier pada tempat teratas dalam hidupnya. Tona berkawan dengan seorang lagi jurugambar, Shark (Aaron),yang bekerja keras kerana ingin membuktikan pada keluarga dia mampu melakukannya.

  




Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

7 comments:

  1. salam . bole ta sambungkn cri episode kasih tercipta . minat sgt cite nie tpi ta thu nk cri kt mana . puas cri . pleasee . kalu ada bgthu k . nie fb saya . yed abd halim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf, lambat jawab. Dah lama tak update blog ni. Episode Kasih Tercipta ni sudah saya upload sampai episode 14. Mulai sekarang, 1 episod akan diuplod sekali dalam seminggu. :)

      Delete
    2. sorii lambat balas . kalu boleh cari smp abis ye . sbb minat sgt drama nie . n tenkiu sgt k .

      Delete
  2. Assalamu'alaikum, boleh tahu? bila boleh dpt tgk ep seterusnya?

    ReplyDelete
  3. Wak... episod 15 seterusnya x de ke ...upload la nak tengok... huhu ..suka sangat cerita ni.. :D

    ReplyDelete
  4. Tolong upload semua episodee . Minat sgt2 drama nie . Pleaseeee

    ReplyDelete
  5. Tolong upload semua episodee . Minat sgt2 drama nie . Pleaseeee

    ReplyDelete